Entry: new place.. Monday, October 10, 2005



Hari ni aku berada di tempat baru. Bukan tempat kerja tapi tempat tinggal. Bukan aku tak mahu tinggal dengan family (sebab selama aku kerja tinggal dengan family abang aku) tapi aku dah rasakan it's time for me to go. Abang aku bakal bertambah ahli keluarga dan aku rasa aku patut memahami dia. Tak apa la, Aku nak merasa hidup 'bujang' masa kerja ni. Dulu aku dah pernah merasa hidup 'bujang' masa study dan sekarang lain pulak.
Alhamdulillah aku dapat bilik kecil cukup untuk aku sorang. Kebetulan aku jumpa kawan sekolah dulu satu office aku dan dia offer duduk serumah dengan dia. Aku bersyukur semakin hari banyak perubahan yang terjadi dalam hidup aku dan kebanyakannya adalah yang baik-baik belaka. Walaupun aku tak nafikan ada perkara yang terlalu pedih berlaku di tempat kerja tapi aku redha, aku terima dan bersyukur Allah masih mahu menguji aku dan aku bermohon padaNya agar aku dikurniakan sebanyak-banyak sabar.

Alhamdulillah sebab tempat tinggal aku sekarang ada pelbagai kemudahan. Stesyen LRT tepi rumah, cyber cafe, KEDAI DOBI (penting sebab rumah sewa ni takde mesin basuh) dan pelbagai kedai makan. Aisey makin gemuk ke aku nanti dengan godaan kedai-kedai itu.
Sejak akhir-akhir ni aku selalu sedih malah 3 minggu lepas aku selalu menangis. Baru aku rasa bagaimana tajamnya kata-kata sindiran yang boleh buat diri ini alami igauan buruk,tak dapat concentrate pada kerja dan berubah menjadi seorang yang terlalu sensitif.
Alahamdulillah aku bangun,berkat doa mak abah,kawan-kawan yang masih sayang diri aku dan juga musuh yang memberi aku 1001 pengajaran. Dalam hati aku sekarang, katalah apa jua yang korang nak kata. Walaupun mulanya aku ada buat salah, kerana sikap korang itu aku jadi tawar hati untuk memohon maaf. Doa aku moga dilembutkan hati dan jauhkan perkara-perkara yang sebegini pada diri korang.
Sebalik semua itu, banyak perkara manis dalam hidup aku. Terutama hari ni aku dapat satu sms dari kawan sekolah aku yang minta alamat dan semestinya untuk menghantar kad majlis perkahwinan dia. Tak disangka-sangka aku diminta jadi pengapit. Is,kena cari baju nih. Aku berdoa, moga hari bahagia yang pernah ditempuhi semua orang bakal aku kecapi juga.
Kata-kata untuk diri aku, BE STRONG! NOBODY'S PERFECT! dan LOVE YOURSELF

   1 comments

bae
October 21, 2005   08:13 AM PDT
 
bebanyak bersabaq neem..takpe dugaan wat kite lagi tabah..ala neem org kutuk2 tu sebenonye jeles kan kite..they are damly jelousing you coz they dreaming to be like you ;)..wat no en jer dah :)

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments