Entry: ^_^ Tuesday, May 03, 2005



Jealousnya aku bila baca perkembangan blog orang lain. Jealous lagi bila hari-hari derang dapat update blog. Aku suka nak menulis kat sini. Bukan untuk sesiapa tapi untuk diri aku sendiri. Huhu, kira macam syok sendiri la..

29 April hari terakhir aku kerja kat Silly Bank tu. Penat jugak keja.Baru terasa yang selama ni aku takde life. Ari Jumaat tu memang tak wat keja, wat personal calls je banyak. Aku harap cepat2 aku dapat keja lain. Lunch budak2 team aku wat farewell party kat Pizza Hut. Derang belanja 4 orang yg quit sekaligus dalam team aku. Best gak..lama tak makan pizza.

Dah time balik keja tu sedih gak meninggalkan tempat keja selama 5 bulan tu. Walaupun gaji tak seberapa tapi banyak betui dapat experience. Dari nak minta cuti teramat susah sampaila kerenah team manager yang sebaya ngan aku tu.

Alhamdulillah, hari ni aku terima satu berita baik. Dapat offer kat Sotong Bank pulak. Start keja 9 May ni. Alhamdulillah tak lama aku kena tanam anggur. Tapi sakit la sikit nak pegi keja jauh tu. Kat Damansara Heights...Ada kapal terbang tak nak gi sana??

Ni aku kat kampung, balik last week masa cuti hari pekerja. Syok gak dapat balik kampung setelah dekat sebulan setengah tak balik nih.

Esok aku balik KL semula..nak survey tempat keja naru tu..taktau nak naik ketapi ke, bus ke, atau naik beca ke....hmm...hopefully keja baru ni menjanjikan satu pengalaman yang baru. Tapi yang pastinya aku akan selalu balik lambat gaks...isk...

   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments